

Selamat Datang Ke Laman
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

Cawangan Sarawak

UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
PENGENALAN
​
Ditubuhkan khusus untuk membantu universiti menangani masalah kemusykilan dalam usaha meningkatkan intelek mahasiswa bumiputera menerusi khidmat bimbingan dan kaunseling dan program-program jaya diri berpandukan kepada ciri-ciri kaunseling profesional dan beretika. Perkhidmatan menjurus kepada beberapa pendekatan iaitu melalui kaunseling pemulihan, kaunseling pencegahan, kaunseling perkembangan, kaunseling intervensi krisis dan e-kaunseling.
​
Kaunselor memberi komitmen sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari segi peningkatan potensi diri serta perkembangan kerjaya mahasiswa. Sebagai unit di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, khidmat bimbingan dan kaunseling tidak hanya terhad kepada mahasiswa sahaja malah turut memberikan perkhidmatan kepada kakitangan UiTM jika diperlukan.
PAUTAN
PERKHIDMATAN KAMI
Bimbingan dan Kaunseling
​Sesi kaunseling adalah satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
​
Sesi yang dikendalikan oleh Kaunselor lebih tertumpu kepada kes bukan klinikal yang terdiri daripada kategori peribadi, keluarga, akademik, kerjaya dan pengurusan kewangan. Kesemua sesi yang dijalankan adalah sulit (Akta Kaunselor 1998) samada secara sukarela ataupun dirujuk oleh pihak fakulti atau bahagian lain. Jika didapati ada kes-kes klinikal, kes akan dirujuk ke Unit Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
​
Kaunselor berusaha untuk memberikan layanan yang berterusan untuk kes-kes bukan klinikal dengan memberi pendekatan yang berbeza mengikut keperluan klien. Sesi pertemuan dan temujanji boleh dibuat samada melalui media sosial atau laman sesawang yang telah disediakan.
Kaunseling Komuniti -
Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS)
Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya atau lebih dikenali PEERs mula ditubuhkan pada tahun 2001 yang dikendalikan oleh Kaunselor sebagai satu kaedah membantu mahasiswa dari segi ketahanan mental, sosial dan emosi.
Wujudnya PEERs ini juga berasaskan konsep rakan sebaya yang merupakan kumpulan yang paling dekat dan penting di kalangan mahasiswa sebagai rujukan dan berperanan untuk memberi sokongan jika diperlukan.
PEERs membantu Kaunselor mengendalikan program kemasyarakatan terutamanya jalinan kerjasama di antara institusi pendidikan mahupun agensi luar.
​
​
​
​
​
​
​
Pembangunan Kerjaya dan Penempatan Pekerjaan
​Sesi kaunseling adalah satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
​
Sesi yang dikendalikan oleh Kaunselor lebih tertumpu kepada kes bukan klinikal yang terdiri daripada kategori peribadi, keluarga, akademik, kerjaya dan pengurusan kewangan. Kesemua sesi yang dijalankan adalah sulit (Akta Kaunselor 1998) samada secara sukarela ataupun dirujuk oleh pihak fakulti atau bahagian lain. Jika didapati ada kes-kes klinikal, kes akan dirujuk ke Unit Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
​
Kaunselor berusaha untuk memberikan layanan yang berterusan untuk kes-kes bukan klinikal dengan memberi pendekatan yang berbeza mengikut keperluan klien. Sesi pertemuan dan temujanji boleh dibuat samada melalui media sosial atau laman sesawang yang telah disediakan.
​
Hubungi Kami:
Unit Kerjaya dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Sarawak
Kampus Samarahan
Jalan Meranek
94300 Kota Samarahan
Unit Kerjaya dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Sarawak
Kampus Samarahan 2
Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan